Belum Ada Cadangan Tangguhkan Kongres Nasional PKR

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap kongres nasional parti itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 November ini dapat diteruskan seperti yang dirancang sungguhpun terdapat kekangan termasuk tindakan undang-undang.

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata beberapa usul telah dikenalpasti untuk dibahaskan pada kongres itu termasuk usul ucapan dasar presiden, dasar parti, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Ditanya kemungkinan kongres itu ditangguhkan ekoran saman pemula oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR, P.Jenapala, Tian Chua berharap perkara ini tidak akan berlaku.

"Saya tidak tahu apa yang Jenapala mahu, tapi kita harap kongres ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

"Mengenai apa yang difailkan di mahkamah, saya tidak mahu komen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.

Jenapala turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Mengenai keputusan pemilihan parti, Tian Chua berkata mereka yang memenangi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Sama ada ia akan dibuat ketika kongres atau sebaliknya, itu terserah kepada JPP. Saya harap mereka (JPP) akan umumkan dalam kongres itu nanti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata jumlah usul yang akan dibawa dalam kongres nasional tahunan parti itu berkemungkinan akan diputuskan pada Isnin ini.

"Ucapan dasar presiden sudah tentunya akan dibahaskan. Sekarang ini masih diteliti. Mungkin hari Isnin baru boleh diketahui apa dan berapa banyak usul yang akan dibawa ke dalam kongres," katanya ketika dihubungi.

Kongres Nasional Tahunan PKR dijadual berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan