Bas Rempuh Enam Kenderaan, 20 Penumpang Cemas

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas, yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.15 petang mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, Ahad.

Bagaimanapun kesemua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman yang kuat.

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu.

Nur Shamini berkata keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan.

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, akibat pelanggaran itu, dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan