20 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Cabang Sabak Bernam Dihentikan

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Seramai 20 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di Dewan Tun Abdul Razak di sini bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi Cabang Sabak Bernam dihentikan serta-merta.

Bekas calon Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abdul Kadir Abdul Rashid berkata mereka memprotes kemenangan Dr. Badrulamin Bahron yang didakwa tidak telus atau berlaku adil kepada calon lain.

"Kita mahu pemilihan MPP ini dihentikan kerana keputusan pemilihan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam tidak sah.

"Kita ada bukti, mana mungkin pendaftaran pemilihan ketua cabang sebelum ini hanya menggunakan resit keahlian dengan bayaran RM2 sahaja tanpa melihat kad pengenalan. Jadi, sesiapa sahaja boleh mengaku menjadi ahli PKR jika ada resit keahlian, termasuklah Bangla," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau turut menyelar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berdiam diri serta tidak mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai perkara tersebut, meskipun sebanyak 10 memorandum telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti itu.

Pada 2 Oktober lepas, cabang itu mencetuskan kontroversi selepas proses pemilihan ketua dan anggota jawatankuasanya dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta membaling kerusi akibat rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, proses pemilihan MPP PKR bagi itu yang bermula 10 pagi hingga 4 petang Sabtu tetap diteruskan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan