Peruntukan Khas Kawasan DUN BN Sabah Naik RM 1 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Peruntukan khas bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah yang dikuasai Barisan Nasional (BN) akan ditambah sebanyak RM400,000 mulai tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata ini bermakna setiap kawasan DUN yang kini menerima RM600,000 akan menerima RM1 juta.

"Perlu diingat kebanyakkan kawasan DUN di Sabah mempunyai keluasan yang luas. Malah ada yang lebih luas daripada kawasan Parlimen di negeri lain.

"Saya sedar selama ini wakil-wakil rakyat sentiasa bekerja keras menyelesaikan apa jua masalah rakyat di kawasan masing-masing dan permintaan mereka (rakyat) selalu berubah atau bertambah," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan peruntukan khas itu dalam pembentangan Bajet Negeri 2011 di DU NSabah di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat berdasarkan slogan konsep 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mana rakyat merupakan pelanggan yang menjadi keutamaan kerajaan. BN menguasai 57 daripada 60 kawasan DUN di Sabah.

Sementara itu, Musa turut mengumumkan pemberian hadiah insentif sebanyak RM40,000 kepada atlet angkat berat dari Sabah iaitu Aricco Jumith yang mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel di India bulan lepas.

"Jumlah ini merupakan tambahan kepada insentif sebanyak RM80,000 yang diterima Aricco daripada kerajaan pusat.

"Semoga kemenangan itu menjadi pencetus semangat kepada para belia di negeri ini untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi sesuai dengan semangat Malaysia Boleh, Sabah Boleh," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan