Pertubuhan Silat Harus Main Peranan Penyumbang Modal Insan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pertubuhan-pertubuhan seni silat Melayu harus memainkan peranan sebagai penyumbang pembinaan modal insan bagi generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pertubuhan berkenaan juga perlu berusaha untuk meningkatkan minat generasi muda dalam seni silat di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan di pusat-pusat masyarakat termasuk di masjid-masjid.

"Pada masa sama kita perlu ingat bahawa generasi muda hari ini adalah pewaris agama, bangsa dan tanah air di masa akan datang.

"Mereka perlu disantuni dan diajak menyelusuri kesenian serta disiplin seiring dengan modul pembelajaran silat itu sendiri", katanya pada majlis Perhimpunan dan Penganugerahan Ulul Amri keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia di sini, Sabtu.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang juga Ulul Amri pertama Silat Lincah Malaysia menyampaikan anugerah Ulul Amri keempat itu kepada Muhyiddin.

Muhyiddin berkata masyarakat tidak harus mengalah untuk mendekati generasi muda serta jangan meletakkan tanggungjawab itu di bahu pemimpin kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Menurutnya modul latihan silat yang bersepadu terbukti mampu membentuk keperibadian jati diri individu yang tinggi dan boleh mempengaruhi ramai masyarakat sama ada orang Melayu mahupun bukan Melayu untuk mempelajarinya.

"Kerajaan dari awal lagi sentiasa menyokong pergerakan pertubuhan seni silat dan seiring dengan usaha itu, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bekerjasama dengan pertubuhan silat agar ia diiktiraf dan dipelajari serta seiring dengan lunas-lunas Islam sebagai agama rasmi negara," katanya.

Muhyiddin berkata pertubuhan seni silat mendidik ahlinya mempunyai semangat kekitaan iaitu jika dikembangkan lagi dalam konteks kepimpinan, ia akan dilihat sebagai perpaduan secara berkumpulan tanpa mengira aspek politik, ekonomi mahupun kemasyarakatan.

Katanya kemampuan ini secara tidak langsung memperlengkapkan generasi muda bagi membela agama, bangsa dan tanah air pada masa depan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan