PDRM Perkenal 3 Inisiatif Baru Mantapkan Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan tiga inisiatif terbaru bagi memantapkan kualiti penyiasatan termasuk dalam mengekang kegiatan perjudian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, inisiatif itu ialah buku Manual S.O.P. (Standard Operating Procedure), Portal C.I.D Update, dan Makmal Latihan Pencegah Perjudian.

Beliau berkata, PDRM telah menerbitkan buku Manual S.O.P. sebagai rujukan bagi melahirkan pegawai-pegawai penyiasatan yang berkebolehan, cekap dan profesional dalam menyelesaikan setiap kes jenayah kekerasan.

"Manual ini adalah hasil kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dari Bukit Aman, Maktab PDRM dan ibu pejabat polis daerah yang berpengalaman dan berkepakaran luas dalam jenayah kekerasan iaitu bunuh, rogol, samun dan samun bersenjata api," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tiga inisiatif itu di Maktab PDRM di sini, Jumaat.

Beliau berkata, melalui buku manual itu, seseorang pegawai penyiasat dapat mengetahui prosedur dan selok-belok penyiasatan dan secara tidak langsung membantu sesuatu kes itu diselesaikan segera.

"Manual S.O.P siasatan ini juga memberi panduan bukan sahaja kepada pegawai yang baru dilantik tetapi juga kepada pegawai-pegawai penyelia.

"Tanpa penyiasatan yang sistematik ini akan menyukarkan pihak pendakwaan untuk memperolehi fakta-fakta jitu dan lengkap dalam mencapai kejayaan apabila kes dibicarakan di mahkamah kelak," katanya.

Ismail berkata, pendekatan Portal C.I.D Update pula adalah laman web yang diguna pakai dalam pengkongsian laporan dan memantau setiap perkembangan siasatan kes jenayah.

"Melalui portal ini seseorang pegawai atasan boleh berhubung dengan pegawai bawahan. Ia memperlihatkan elemen sebagai seorang guru yang mengajar muridnya.

"Sistem ini juga akan memudahkan dan mempercepatkan hebahan berita, laporan, aktiviti dan arahan-arahan semasa...sebagai media hebahan dan pengumuman aktiviti JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) melalui modul buletin serta sebagai sumber rujukan dan perpustakaan kepada pegawai-pegawai JSJ," kata Ismail.

Katanya, portal itu boleh diakses oleh pegawai polis yang berpangkat Supritenden ke atas dan semua setiausaha kepada ketua penolong pengarah atau pengarah JSJ, Bukit Aman.

Selain itu, PDRM turut memperkasakan dan melatih anggotanya menjadi pakar dalam selok belok judi melalui Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi memberkas ahli-ahli sindiket perjudian.

"Kita mahu anggota kita memahami setiap permainan judi yang dijalankan dengan lebih efektif, melalui latihan amali seperti mana yang terdapat di kasino dan pusat hiburan," katanya.

Katanya, sebanyak RM198,000 telah diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu di samping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette, tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian yang lain telah ditaja oleh Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM110,000.

Beliau berharap dengan segala inisiatif yang telah dilaksanakan ia akan mempercepatkan segala tindakan mengikut lunas undang-undang dan seterusnya memberi keadilan kepada semua pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan