Kelemahan Undang-Undang Halang Pekerja Terima Pampasan -MTUC

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh mahkamah buruh dan industri "tidak mempunyai sebarang nilai" kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965. "Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar.

"Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian.

Sehubungan itu, kata Balasubramaniam, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan pembelaan bagi para pekerja malang itu.

MTUC mahu suruhanjaya itu, satu-satunya badan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mendaftar dan mengawasi perjalanan syarikat, menggubal undang-undang yang memberi keutamaan dalam melindungi kepentingan pekerja dan memastikan perintah mahkamah dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dengan menutup semua ruang kelemahan yang ada, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan