Empat Premis Langgan Judi Berkomuter Tidak Serik Walau Empat Kali Diserbu

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah empat kali diserbu sekitar dua bulan lepas, empat buah premis di Danau Kota Setapak di sini, masih tidak serik menjalankan kegiatan judi berkomputer.

Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat D7 Kuala Lumpur DSP Razali Abu Samah berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi, polis menahan 28 pelanggan lelaki berumur 22 hingga 24 tahun serta empat pekerja pusat berkenaan termasuk seorang wanita dalam lingkungan 23 hingga 24 tahun.

"Keempat-empat premis ini tidak mempunyai sebarang lesen. Ketika serbuan dilakukan pelanggan-pelanggan sedang asyik menjalankan kegiatan haram itu," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Dalam serbuan itu polis turut merampas 132 komputer dan wang tunai sebanyak RM1,904, katanya.

"Hasil pemeriksaan, kita dapati setiap premis dilengkapi dengan kamera litar tertutup manakala pada pintu masuk premis itu mempunyai sistem kawalan yang mana pelanggan yang ingin masuk ke premis itu perlu tahu kata laluan" katanya.

Razali berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin atau penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu, pada masa yang sama beberapa anggota polis turut menahan lima lelaki dalam lingkungan 22 hingga 24 tahun yang melakukan kegiatan haram itu di dua buah premis di Taman Intan Baiduri, Kepong. Razali berkata dalam serbuan itu polis merampas 51 komputer dan wang tunai berjumlah RM1,109.

Suspek itu turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk soal siasat. Keenam-enam premis yang diserbu itu akan disita, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan