Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad Dianugerahi Ijazah Kehormat OUM

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hari ini menganugerahkan Ijazah Kehormat (Posthumous) Doktor Pengurusan kepada pengasasnya Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad sempena Istiadat Konvokesyen Kesembilan universiti itu yang bermula, Sabtu.

Pengiktirafan itu diberikan kerana kecemerlangan Allahyarham dalam kerjayanya yang meliputi sektor perkhidmatan awam dan swasta serta dalam lapangan pendidikan tinggi.

Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah menyampaikan anugerah itu kepada isteri Allahyarham, Puan Sri Hashimah Ismail pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Sejak dilantik sebagai Naib Canselor pada April 2001, Allahyarham Abdullah telah memimpin OUM sehingga dikenali sebagai perintis institusi pendidikan jarak jauh dan terbuka di Malaysia.

Usaha Allahyarham mendemokrasikan pendidikan tinggi telah membolehkan semua golongan masyarakat mengikuti pengajian di universiti itu tanpa mengira usia, jantina, lokasi geografi serta kelulusan sebelumnya. Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dari tahun 1994 hingga 2000.

Semasa hayatnya, Allahyarham diiktiraf sebagai pembina institusi dan perintis kepada penubuhan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Allahyarham meninggal dunia pada 29 Nov 2003 ketika berusia 67 tahun, meninggalkan Hashimah dan empat orang putera.

Sementara itu, istiadat hari ini turut menyaksikan seorang guru Low Suan Hua, yang merupakan graduan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Rendah), menerima Anugerah Canselor hasil pencapaian cemerlang beliau sepanjang pengajian.

Istiadat konvokesyen yang akan berlangsung sehingga Selasa ini menyaksikan seramai 5,931 graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai bidang pengajian termasuk tujuh orang graduan Doktor Falsafah yang pertama dilahirkan OUM.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan