24 Wartawan Media Cetak Dan Elektronik Indonesia Lawat Tawau

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seramai 24 wartawan media cetak dan elektronik Indonesia yang berpangkalan di Nunukan, Kalimantan Timur melawat Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta wartawan Malaysia di Tawau bagi mengeratkan hububungan antara pengamal media kedua-dua negara.

Selain berkunjung ke Tawaufm (RTM), anggota Persatuan Wartawan Indonesia cawangan Nunukan turut mengadakan majlis ramah tamah dengan wartawan tempatan dan nasional Malaysia yang berpangkalan di Tawau.

Rombongan wartawan Indonesia diketuai Ahli Jawatankuasa persatuan, M. Syahril, yang juga wartawan Metro TV, terdiri daripada wakil Radio Republik Indonesia (RRI), TV One, Radar Tarakan, Jawa Post dan beberapa wakil majalah mingguan negara itu.

Pada majlis ramah-tamah, M. Syahril berkata kunjungan mereka ke Tawau bertujuan merintis jalan untuk mengeratkan hubungan antara wartawan Indonesia yang berpangkalan di Nunukan dengan wartawan Malaysia di Tawau.

Katanya peranan wartawan dari Nunukan dan Tawau amat penting terutama bagi meredakan sebarang isu-isu semasa yang timbul melalui laporan lebih bertanggungjawab dengan hanya menyalurkan maklumat tepat dan sahih sahaja.

"(Ini) selaras dengan hasrat wartawan Tawau dalam perjumpaan kami tadi, yang meminta agar sesuatu perkara yang remeh-temeh tidak diperbesar-besarkan media kedua-kedua pihak," kata M. Syahril.

Pengurus Penyiaran Tawau Wan Azhar Wan Hamat berkata saranan wartawan Indonesia di Nunukan supaya RRI, yang baru saja membuka cawangannya di Nunukan bulan lalu, menjalin hubungan mesra dengan Tawaufm akan dikemukakan kepada pengurusan RTM peringkat negeri-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan