SPRM Minta Kerjasama Media

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama pihak media supaya tidak menyiarkan berita mengenai siasatan kes yang sedang dijalankan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pada masa ini terdapat banyak media berita yang melapor dan memaparkan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

"Saya memahami kehendak para pengamal media dalam perkara ini tetapi walau bagaimana pun saya berharap pihak media juga memahami kerja SPRM.

"Ini adalah kerana kejayaan kita menyiasat sesuatu kes bergantung kepada kerahsiaan yang mana kita boleh mendapat keterangan-keterangan yang baik apabila tindak tanduk kita tidak diketahui umum.

"Jadi hebahan kepada siasatan bagi saya tidak wajar dan tidak tepat masanya... malah yang disiasat pun belum tentu kita tahu apa yang akan terjadi ke atas "mereka".

"Ia bergantung kepada keterangan yang diberi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOA (Memorandum Persetujuan) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menandatangani bagi pihak universiti itu.

Mengenai program pengajian itu, Abu Kassim berkata berkata ia dimulakan tiga tahun lepas dan telah melahirkan sembilan graduan sulung tahun ini.

Abu Kassim berkata UKM dipilih untuk menjalinkan kerjasama dengan SPRM kerana ia adalah universiti terulung di negara ini yang mengendalikan program dalam bidang ilmu Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.

Program itu bukan saja menekankan pengajaran tetapi juga membentuk graduan yang berfikiran kritis, bermoral dan mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Menurutnya ini bukan kali pertama SPRM mengadakan hubungan kerjasama dengan UKM malah sebelum ini, UKM telah pun membuat kajian persepsi rasuah di Malaysia dengan respondennya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti di Malaysia.

Abu Kassim berkata, beliau berharap program pengajian itu akan melahirkan ramai pegawai yang berpengetahuan, berwibawa serta mempunyai kepakaran dalam menghadapi cabaran jenayah rasuah yang berdimensi baru, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan