Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja Akan Dilaksanakan Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja bagi menjaga kebajikan pekerja yang hilang pekerjaan akan dilancarkan mulai Januari depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, skim yang diperkenalkan kerajaan itu merupakan bantuan bersifat sementara bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru setelah majikan mereka gulung tikar.

"Skim ini hanya akan membantu mereka untuk jangka masa setahun atau dua tahun sahaja.

"Ini kerana kerajaan dalam masa sama akan mengkaji dan mencari satu sistem yang lebih baik bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan ini dalam jangka masa panjang," katanya selepas merasmikan MyCareer Fair 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Beliau juga mengesahkan laporan yang disiar dalam portal berita Malaysian Insider semalam bahawa kerajaan memperuntukkan dana awal sebanyak RM40 juta bagi pelaksanaan skim tersebut dan bukan menerusi sumbangan atau caruman pekerja.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai dana tersebut dengan lebih lanjut, Dr Subramaniam berkata perkara tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, katanya 100,000 pencari pekerjaan berjaya mendapat kerja daripada 280,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang yang didaftarkan di portal JobsMalaysia pada tahun ini.

Katanya, sebanyak 3.32 juta peluang pekerjaan juga bakal diwujudkan setelah projek-projek di bawah program 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dilaksanakan kelak.

Menurutnya, 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang antaranya IT, perbankan, telekomunikasi dan hiasan dalaman disediakan kepada pencari pekerjaan.

Mengenai menghadkan umur minimum bagi pembantu rumah asing kurang daripada 21 tahun, beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini kerana, peraturan tersebut telah ditetapkan oleh KDN dan sebarang pindaan yang ingin dibuat bagi mana-mana peraturan yang melibatkan pembantu rumah asing hanya boleh dilakukan selepas perbincangan dan persetujuan antara kedua-dua kementerian.

MyCareer Fair yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai oleh kira-kira 115 buah syarikat tempatan dan luar negara termasuk Digi, CIMB, RapidKL dan Pharmaniaga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan