Malaysia Bantu Usahawan Dari India Memasuki Pasaran Negara Ini & Asean

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah bersedia untuk membantu kemasukan usahawan India ke rantau ini dan menjadi pemudah cara kepada mereka untuk memasuki pasaran Asean, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Khamis.

“Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan membantu memainkan peranan untuk membolehkan para usahawan India menjadikan Malaysia dan negara-negara Asean sebagai destinasi komersial yang mampu membantu mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Asia Pasifik 2010 yang berjudul "Asean & India: Merentasi Global" anjuran The Indus Entrepreneurs (TiE) Malaysia yang merupakan sebuah organisasi yang menggalakkan usahawan India melabur di Malaysia.

Kata Najib lagi, berasaskan kepada perhubungan yang akrab sama ada secara formal atau personal antara India dan Malaysia, beliau penuh yakin Malaysia mampu menyediakan suasana politik yang sesuai untuk mereka (usahawan India) mengembangkan perniagaan di sini dan juga negara-negara Asean.

Komitmen Malaysia, kata Najib dibuktikan menerusi lawatan rasminya ke India awal tahun ini dan kemudian oleh kunjungan balas rakan sejawatannya dari India, Dr Manmohan Singh baru-baru ini.

“Lawatan di antara kedua-dua pimpinan dari Malaysia dan India ini bukan sahaja membawa kesan yang mendalam dalam soal kerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan kebudayaan di antara kita tetapi juga telah menghasilkan kerjasama kepada peluang-peluang perniagaan serta pelaburan,” ujarnya.

Malah kata Najib, Bursa Malaysia, kini sedang bekerjasama dengan TiE untuk mengalakkan usahawan dari India untuk datang ke sini dan mengambil peluang dari pertumbuhan pasaran Malaysia yang positif.

Begitu juga katanya dengan Bursa Saham India yang telah menandatangani perjanjian dengan Malaysia untuk merintis kerjasama dalam pasaran tempatan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan