Jurutera Korban Terbaru Denggi

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera lelaki berusia 47 tahun dari Selangor merupakan korban terbaru demam denggi bagi tempoh 7 hingga 13 November lepas, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit itu tahun ini ialah 121 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kematian jurutera dari Taman Bukit Mewah, Kajang itu pada 9 November lepas, didapati berpunca daripada komplikasi kegagalan organ akibat denggi selepas menghidap penyakit itu pada 28 Oktober lepas.

"Pesakit berkenaan juga menghidap Hipertensi selama 17 tahun dan menjalani rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pemeriksaan 42 premis di kawasan perumahan jurutera itu pada 3 November lepas menunjukkan satu daripadanya membiak Aedes, selain tempat kerja mangsa yang merupakan sebuah tapak pembinaan, turut menjadi tempat pembiakan nyamuk tersebut.

"Berikutan itu, notis arahan penutupan premis selama tujuh hari dikeluarkan untuk kerja-kerja pembersihan kepada pemaju tapak pembinaan itu," katanya.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan, semburan kabus juga dilakukan pada 9 November di kawasan taman perumahan mangsa yang membabitkan 193 rumah.

Selain itu, Dr Ismail berkata jumlah penghidap demam denggi juga meningkat sebanyak 684 kes dalam tempoh itu berbanding 681 pada minggu sebelumnya.

"Enam negeri yang dikesan menunjukkan peningkatan kes pada minggu itu ialah Selangor (19 kes), Pulau Pinang (12 kes), Johor (9 kes), Perlis (6 kes), Keedah (5 kes) dan Negeri Sembilan (1 kes)," katanya.

Beliau berkata jumlah kes terkumpul dari Januari hingga 13 Nov lepas mencatat peningkatan sebanyak 19 peratus kepada 42,324 kes berbanding 35,695 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 151 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara dan 22 daripadanya dikenal pasti sebagai "kawasan panas" yang membabitkan 318 kes demam denggi, serta melaporkan 121 kes baru pada minggu lepas.

"Kementerian Kesihatan mendapati lima daripada 22 lokaliti "kawasan panas" ini mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan hanya tiga lokaliti sahaja didapati menjalankan aktiviti gotong-royong.

"Jumlah yang rendah dalam akitiviti gotong-royong itu disebabkan kurangnya kerjasama dan sambutan daripada masyarakat setempat," katanya.

Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata pada minggu lepas sebanyak dua kes dilaporkan.

Beliau berkata jumlah terkumpul kes Chikungunya sehingga kini ialah 793 yang menyaksikan penurunan sebanyak 82 peratus atau 3,674 kes berbanding 4,467 kes bagi tempoh sama pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan