Jenama MINI Semakin Berkembang Untuk BMW

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kereta MINI ternyata semakin berjaya dan merupakan jenama yang semakin berkembang untuk BMW Group Malaysia, kata Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe.

Beliau berkata sehingga Oktober 2010, kumpulan itu menjual 185 MINI, peningkatan 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Menerusi MINI baharu, kami yakin ia akan terus berjaya di Malaysia," katanya pada pelancaran MINI Cooper, MINI Cooper S dan MINI John Cooper Works (MINI JWC), di sini, Jumaat.

Pengurus komunikasi korporatnya Sashi Ambi berkata MINI merupakan kereta khusus, dan syarikat sukar menetapkan sasaran jualannya.

"Kami berharap menjual seberapa banyak yang boleh," katanya.

Pengurus MINI BMW Group Malaysia, Farid Sulaiman, berkata MINI JCW disasarkan untuk mereka yang suka memandu laju dengan transmisi manual.

"Cooper adalah untuk mereka yang sukakan reka bentuk, dan Cooper S lebih kepada prestasi dan reka bentuk," katanya.

Syarikat itu juga memperkenal MINI Connected, pakej opsyenal untuk pembeli.

Pakej berharga RM14,988 itu membabitkan sut ciri-ciri teknologi yang dibangunkan khusus untuk menyepadukan fungsi telekomunikasi, hiburan dan dalam talian iPhone dalam MINI.

Harga jualan MINI bermula daripada RM195,888. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan