Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas beberapa jam membatalkan hasrat mengadakan sidang medianya esok (Jumaat), Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusan untuk kembali mengadakannya khusus bagi menyatakan kedudukan beliau dalam parti itu.

Maklumat terbaru yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pembantu politiknya, Muhammad Firdaus Christopher menyatakan sidang media berkenaan akan diteruskan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Saya memohon maaf dengan sepenuh hati, namun sidang media yang dijadualkan esok pada pukul 10.30 pagi di kediaman Datuk Zaid diteruskan.

"Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan," katanya di sini, Khamis.

Pagi tadi, Muhammad Firdaus mengirimkan SMS kepada pihak media dan memaklumkan bahawa sidang media berkenaan dibatalkan atas sebab tertentu sebaliknya penjelasan Zaid hanya akan dimuatkan melalui blog peribadinya www.zaiduntukrakyat.com.

"Sila ambil perhatian bahawa sidang media Datuk Zaid esok dibatalkan kerana beliau mempunyai hal penting namun ia (penjelasan) akan dimuatkan dalam blognya," katanya.

Zaid yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan timbalan presiden minggu lalu mengesahkan akan meninggalkan PKR dalam satu pertemuan eksklusif dengan akhbar The Star Isnin lalu kerana sudah meluat dengan kepimpinan PKR.

Bagaimanapun beliau menegaskan belum menghantar sebarang surat rasmi kepada pucuk pimpinan PKR mengenai keputusannya itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas dipecat dari Umno turut menggesa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

Sementara itu difahamkan Anwar dijadual akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan ahli PKR Selangor bagi menyampaikan 'amat penting', berkaitan kontroversi pemilihan parti.

Difahamkan juga setiap cabang PKR Selangor akan menghantar seramai 50 orang wakil bagi menghadiri taklimat yang akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat malam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan