Suara Sumbang Anwar Terhadap Malaysia - Najib

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia merupakan satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata pandangan Ketua Pembangkang itu merupakan "satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti".

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar, yang mendakwa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lepas, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan