Spekulasi Pilihan Raya Umum: Fokus Tertumpu Kepada MT & Konvensyen BN

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya Sabtu ini bagi membincangkan persediaan untuk pilihan raya umum ke-13.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan mengadakan satu mesyuarat pengurusan dengan pemimpin parti komponen pada 5 petang esok.

Dua mesyuarat ini akan disusuli dengan Konvensyen Barisan pada 28 November depan.

Desas-desus mengenai pilihan raya umum akan mendapat lebih perhatian daripada spekulasi tarikh sebenar. Sesetengah pihak berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat dan ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada 2012.

Bagaimanpun, BN perlu melakukan persediaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan bagi mendapatkan semula sokongan rakyat yang pudar dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Masalah yang melanda PKR telah memberi kelebihan kepada BN dengan beberapa gabungan parti itu mendesak agar mengambil kesempatan daripada kekecohan yang sedang berlaku sekarang dalam pembangkang.

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Galas and Batu Sapi baru-baru ini telah turut merangsangkan semangat dan melonjakkan spekulasi mengenai pilihan raya umum bakal diadakan lebih cepat tetapi pemimpin tertinggi BN sedar bahawa ia bukan satu ukuran di peringkat kebangsaan.

Mesyuarat pada Sabtu ini juga sejajar dengan ucapan Presiden Umno semasa perhimpunan agung parti itu bulan lalu kepada ahlinya untuk segera bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

Pesanannya itu turut diulangi apabila Muhyiddin berkata, pilihan raya “hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi”.

“Mesyuarat itu tidak akan membincangkan satu tarikh tertentu tetapi ia tidak menjadi kesalahan jika ia akan diadakan pada 2012,” menurut satu sumber.

“Ia juga akan membincangkan pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada Mac tahun depan,” ujarnya lagi.

Ahli parti komponen dijangka akan diberi taklimat mengenai lawatan ke seluruh negara oleh Najib dan Muhyiddin bermula awal tahun depan bagi bertemu orang ramai dan ahli-ahli akar umbi parti.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mesyuarat yang akan diadakan pada Sabtu ini adalah satu mesyuarat biasa untuk membincangkan persiapan Konvensyen Barisan dan post-mortem pilihan raya kecil Galas and Batu Sapi.

Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa pilihan raya akan diadakan beberapa bulan lagi, Tengku Adnan berkata: “Beberapa bulan lagi mungkin sebulan, dua bulan atau 30 bulan.”

Beliau juga berkata, pada mesyuarat itu nanti mereka tidak akan membincangkan kekacauan yang sedang berlaku dalam PKR atau pun mengenai keputusan Datuk Mohd Zaid Ibrahim meninggalkan parti itu.

Konvensyen BN dijangka akan membincangkan peraturan baru untuk gabungan komponen itu. Antara pindaan yang dicadangkan termasuklah kemungkinan membenarkan keanggotaan secara langsung dan kemasukan ahli-ahli baru melalui majoriti undian mudah.

Buat pertama kalinya, konvensyen itu akan diadakan di Wisma MCA dan tidak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepertimana sebelum ini.

Najib akan memberi ucaptama pada konvensyen itu diikuti oleh ucapan oleh ketua-ketua parti komponen BN termasuk sesi tertutup bersama perwakilan parti dalam komponen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan