PKR Tak Pernah Lantik Zaid Penyelaras Parti, Kata Anwar

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.

"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini Khamis.

Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.

"Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan