Permohonan Untuk Biasiswa Universiti Nagoya Kini Dibuka

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang layak dijemput memohon biasiswa Universiti Nagoya-Persatuan Graduan Jepun Malaysia (JAGAM) yang kini dibuka sehingga 7 Januari tahun depan.

Penerima biasiswa ini akan mengikuti pengajian dalam bidang sains, kejuruteraan atau sains sosial di Universiti Nagoya, Jepun pada Oktober tahun depan di bawah Program Antarabangsa Penuntut Global 30.

"Ini adalah program antarabangsa yang baru di mana semua kuliah dibuat dalam bahasa Inggeris," demikian menurut kenyataan JAGAM di sini, Khamis.

Universiti Nagoya dan JAGAM akan memilih tiga penuntut untuk menerima bisiswa ini yang berdasarkan pada campuran keperluan, merit dan kecenderungan semulajadi pelajar.

Mereka yang berjaya akan menerima bantuan kewangan maksimum yen 500,000 setahun dan akan dipertimbangkan untuk mendapat tuisyen secara percuma.

Di samping itu, penerima biasiswa ini juga akan diberikan tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Kuala Lumpur ke Nagoya, serta tiket pergi dan balik kelas ekonomi selepas tamat pengajian.

Pelajar yang kini menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) digalakkan untuk memohon.

"Pemohon hendaklah memastikan borang-borang yang dihantar ke JAGAM adalah lengkap sebelum pukul 4 petang 7 Januari 2011," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan borang biasiswa ini, mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di Persatuan Graduan Jepun Malaysia (JAGAM) di No. 88, Jalan SS2/4, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia atau telefon: 03-78774312 atau layari laman web JAGAM www.jagam.org.my.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan