Perkhidmatan Kereta Api Bantu Kurang Kesesakan di Mekah - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan Kereta Api Bantu Kurang Kesesakan di Mekah

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Perkhidmatan Kereta Api Mashair berharga SR6.5 bilion yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Mekah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci semasa musim haji.

Projek Kereta Api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 30,000 buah bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini baru mencecah 35 peratus kapasiti dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain, apabila siap sepenuhnya mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya lagi, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan