Khidmat Wanita, OKU, Pesara Ditingkatkan Dalam Sektor Pekerjaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meningkatkan penyertaan golongan wanita, orang kurang upaya (OKU) dan pesara dalam usaha memenuhi keperluan sektor pekerjaan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata golongan berkenaan akan diserapkan dalam perkhidmatan sama ada sektor awam atau swasta mengikut kemampuan masing-masing.

"Kita sudah minta kementerian dan agensi berkaitan meneliti dengan lebih lanjut dalam tempoh yang terdekat bagaimana tenaga-tenaga yang dikatakan terlatih (dan yang) layak, tiada di pasaran, tetapi mungkin berada di kediaman masing-masing, dapat kita bawa keluar untuk menampung keperluan sumber manusia dalam sektor-sektor yang sudah kita kenal pasti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan modal insan di sini Khamis.

Muhyiddin berkata ada sebahagian jawatan atau perkhidmatan itu tidak penting untuk diisi oleh mereka yang sihat atau normal namun sesuai bagi golongan berkenaan, misalnya, pekerja di plaza tol.

"Kalau di negara-negara maju seperti Jepun, yang buat kerja itu ialah orang pencen yang diambil (bekerja) semula atau mereka yang kurang upaya kerana kerja itu tidak memerlukan tenaga yang banyak...hanya perlu serah dan ambil tiket.

"Kalau sebahagian tenaga kerja yang sempurna ini digerakkan kepada sektor yang diperlukan dan pekerjaan itu boleh diisi oleh OKU, ini tidak akan menjejaskan produktiviti dan sebagainya," katanya. Muhyiddin berkata langkah itu boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan sebagainya sedangkan terdapat banyak peluang pekerjaan lain.

Malah, katanya, mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan perlu menyediakan 3.3 juta tenaga kerja bagi membangunkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), dalam usaha menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Dalam mesyuarat hari ini, kita bincang supaya kementerian-kementerian peneraju dalam semua NKEA melihat dengan lebih terperinci tentang bidang-bidang yang akan dibangunkan, program ETP yang akan kita laksanakan dan peluang perniagaan yang akan digerakkan.

"Kita minta supaya mereka mengenal pasti apakah keperluan tenaga manusia dalam pelbagai bidang dalam setiap NKEA, bila diperlukan.

"Dan yang lebih penting, bagaimana kita hendak mengisi sumber manusia yang diperlukan itu...tenaga terlatih dalam semua bidang," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan bersetuju agar penubuhan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan disegerakan selepas mendapat kelulusan kabinet.

"Majlis ini sudah diputuskan cuma keanggotaannya akan ditetapkan. Disember ini akan dibawa ke kabinet, selepas itu ia akan ditubuhkan secara rasmi," katanya. Beliau berharap dengan penubuhan majlis berkenaan, isu berkaitan dengan gaji termasuk gaji minimum, dapat dibincangkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan