Ab Rahim Md Nor Dilantik KSU Pengajian Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan, Pengurusan dan Transformasi), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ab Rahim Md Noor dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang baru mulai 25 November ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan di sini pada Khamis mengumumkan pelantikan Ab Rahim itu, bagi menggantikan Tan Sri Dr Zulkefli A.Hassan yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi pada 24 November ini.

Ab Rahim, 53, berkelulusan Sarjana Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984 dan antara lain pernah menjadi Pengarah Unit ISO 9000 MAMPU; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Putrajaya.

Sementara itu Mohd Sidek turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Zulkefli atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama 36 tahun, terutama sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan