Subsidi Diesel Hanya Untuk Nelayan Dengan Hasil Tangkapan

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji kemungkinan untuk mengetatkan syarat pemberian subsidi diesel hanya kepada golongan nelayan yang membawa pulang hasil tangkapan lumayan.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, langkah tersebut sedang di peringkat perbincangan dan dijangka dapat mengurangkan kes membabitkan penyelewengan dalam menyalurkan diesel subsidi yang semakin serius.

Katanya, pada masa ini, KPDNKK dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) melaksanakan pemantauan ketat terutama di kawasan perairan bagi mengesan penjualan diesel subsidi oleh nelayan yang tidak bertanggung jawab.

"Nampaknya keikhlasan kerajaan untuk membantu nelayan miskin ini tidak mendatangkan hasil. Sebaliknya mengakibatkan pula kerugian besar sehingga berjuta-juta ringgit setiap bulan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Muka depan akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerugian jutaan ringgit yang terpaksa ditanggung kerajaan pada setiap bulan, akibat kegiatan penyelewengan diesel subsidi kepada nelayan.

Malah Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayuddin mendedahkan 10 kes melibatkan rampasan 58,449 liter diesel subsidi sepanjang tahun ini bernilai RM73,000 yang dikesan berlaku di Kedah, Kelantan dan Johor.

Sementara itu, Lian Hoe menambah, pihaknya amat kecewa dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggung jawab yang sanggup mengambil kesempatan atas bantuan kerajaan terhadap golongan miskin.

Pun begitu, katanya, kerajaan tidak akan menarik balik pemberian subsidi diesel berkenaan bagi mengelak rasa tidak puas hati dan penindasan di kalangan nelayan yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut.

"Oleh itu, siapa yang hendak subsidi harus membawa pulang hasil tangkapan banyak.

"Kami kesal kerana keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka turut mengakibatkan kerugian besar dari segi tangkapan ikan yang masih rendah malah terpaksa pula mengimport untuk memenuhi keperluan bekalan negara," ujar beliau.

Menerusi sistem e-Diesel yang diperkenalkan mulai 1 Januari 2006, nelayan diberi peluang mendapatkan bekalan diesel dengan harga subsidi rendah iaitu RM1 berbanding harga pasaran sekarang iaitu RM1.75 seliter.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan