Masyarakat Luar Bandar Diajak Hayati Semangat Korban Untuk Majukan Diri

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak masyarakat luar bandar di seluruh negara agar menghayati semangat berkorban yang ditunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, bagi mengubah taraf sosial dan ekonomi mereka.

Beliau berkata pengorbanan yang dilakukan kedua-dua rasul dari segi harta dan nyawa itu, sepatutnya menjadi pemangkin kepada masyarakat luar bandar untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

"Amat penting bagi kita untuk menerapkan kekentalan jiwa, bukan sahaja di peringkat kementerian (kepimpinan), tetapi juga kepada masyarakat yang ada di luar bandar, yang masih memerlukan sokongan dan bantuan kerajaan.

"Ini (pengorbanan) menjadi peringatan kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di negara kita, tentang betapa pentingnya pengorbanan demi agama ini harus menjadi tunggak kepada kehidupan manusia," katanya kepada pemberita selepas menyertai ibadah korban di Masjid Pekan Semporna dekat sini pada Rabu.

Mohd Shafie berkata semangat rela berkorban ini juga mampu mengeratkan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang merupakan faktor penting dalam memastikan negara sentiasa aman dan harmoni.

Beliau berkata satu pelan induk pembangunan luar bandar yang baru sudahpun dirangka oleh kerajaan, yang bukan sahaja bakal menggiatkan penyediaan prasarana asas tetapi juga menggerakkan kegiatan ekonomi masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan memberi peruntukan lebih terhadap prasana masyarakat luar bandar perlu dilihat secara positif, kerana ia bertujuan memastikan pembangunan negara dapat dinikmati rakyat di semua tempat.

Mengulas laporan Bank Dunia yang menyebut Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia, Mohd Shafie berkata ia perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan diterima dengan hati terbuka.

Beliau berkata Sabah tidak perlu berkecil hati sebaliknya harus mengambil iktibar dengan terus berusaha memperbaiki sebarang kelemahan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Katanya, meskipun terdapat kawasan yang mundur dan memerlukan perhatian serius di Sabah, namun ada juga tempat di negeri itu jauh lebih maju berbanding di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu sememangnya disedari kerajaan Persekutuan dan sehubungan itu, dalam setiap belanjawan, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang sentiasa diberi perhatian utama.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno berkata kekecohan dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan 'nawaitu' (niat) pemimpinnya yang cuma mahukan jawatan dan kuasa.

Beliau juga langsung tidak hairan dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, termasuk tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti itu kerana ia sememangnya dijangkakan, terutama jika penyertaan dalam politik bukan kerana ingin berkhidmat untuk rakyat.

"Mereka ini hanya berpaut dengan jawatan sahaja. Tidak ada jawatan, maka tidak ada pengorbanan dan tidaklah menyertai perjuangan (membela rakyat)," katanya mengulas tindakan Zaid, yang merupakan calon timbalan presiden pada pemilihan parti itu, meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan yang didakwa dicemari unsur penipuan.

Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR harus menjadi iktibar kepada rakyat, khususnya bangsa Melayu dan umat Islam, supaya menjadikan perjuangan mereka bukan kerana jawatan, sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mohd Shafie mengajak semua orang Melayu menyertai Umno demi perpaduan bangsa dan umat Islam di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan