Kahwin Awal Punca Perceraian Pasangan Islam Sarawak Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perkahwinan awal di kalangan pasangan muda merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan kadar perceraian pasangan Islam di Sarawak meningkat.

Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di bandar besar seperti Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu meningkat dengan banyak.

"Jumlah pasangan Islam yang berkahwin meningkat setiap tahun. Malangnya, jumlah perceraian juga meningkat.

"Faktor utama yang menyumbang kepada perceraian di negeri ini ialah pasangan berkahwin terlalu awal dan terlalu cepat.

"Pada awalnya, mereka rasa mereka sesuai untuk satu sama lain tetapi selepas beberapa ketika mereka mendapati mereka tidak sesuai. Selepas itu mereka ucap selamat tinggal dan bercerai. Malah ada sesetengahnya menghilangkan diri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah di Kampung Kolong 2 Wetan di sini, Rabu.

Daud berkata Majlis Agama Islam negeri (Jais) menawarkan sesi kaunseling untuk pasangan yang bermasalah dalam usaha menyelamatkan sesebuah perkahwinan itu.

"Kaunselor kami dari Jais akan menasihatkan mereka. Biar mereka cari kemungkinan untuk bersatu kembali sebelum membuat keputusan bercerai. Pasangan akan diberi masa untuk menenangkan diri. Kadar mereka yang menerima nasihat kami agak tinggi," katanya.

Minggu lepas Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri Datuk Seri William Mawan Ikom berkata kementerian akan mengadakan kajian mengenai kehidupan berkeluarga dan perceraian, yang dijangka siap Julai depan, bagi memahami kenapa pasangan kahwin awal dan cepat bercerai.

Kadar perceraian di Sarawak meningkat sehingga 50 peratus daripada jumlah perkahwinan yang didaftarkan di negeri ini.

Sementara itu, Daud berkata tidak ada kejadian perkahwinan melalui sindiket yang berlaku di negeri ini.

"Kami memantau perkara itu dan sehingga kini Jais tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan