Enam Buah Sekolah Rendah Terima Bantuan Khas Berjumlah RM450,000

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Enam buah sekolah rendah di kawasan Parlimen Batu Sapi menerima bantuan kewangan berjumlah RM450,000 melalui Program Bantuan Khas Kementerian Pelajaran.

Sekolah berkenaan adalah SK St. Gabriel yang menerima RM100,000; SK St. Monica; SJK Pei Ying; SJK Ming Chung; SJK (Cina) Lok Yuk masing-masing RM80,000 dan SJK (Cina) Tai Tong menerima RM30,000.

Penyampaian cek bantuan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kepada semua sekolah berkenaan pada satu majlis di Dewan SJK Tai Tong, di sini, Selasa.

Musa dalam ucapannya berkata bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya dalam aspek pendidikan.

Katanya setiap tahun kerajaan negeri menyediakan sejumlah besar bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah bantuan khas yang turut meliputi sekolah persendirian Cina di seluruh Sabah.

"Ini membuktikan kerajaan BN menunaikan janji demi kepentingan rakyat terutamanya demi masa depan anak-anak," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Pang En Yin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Musa berkata kerajaan BN berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi bidang pendidikan yang dilaksanakan melalui pelbagai dasar dan program serta peruntukan besar saban tahun.

"Komitmen kerajaan negeri ini terus diperkukuh apabila setiap tahun jumlah bantuan kewangan ini sentiasa bertambah selaras dengan tuntutan pembangunan semasa," kata Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah.

Ketua Menteri Sabah turut menasihati para ibu bapa supaya terus memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak kerana sokongan ibu bapa amat diperlukan dalam usaha menjayakan segala dasar dan program meningkatkan prestasi pendidikan pelajar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan