Tindakan Zaid Keluar PKR Memang Dijangka - Pak Lah

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar dari parti itu memang telah dijangka, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya tidak terkejut, dulupun masa dalam Umno dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Aprisiasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) di sini, Selasa.

Beliau berkata, penyertaan Zaid dalam PKR semata-mata untuk mengejar jawatan tinggi dan bukan bertujuan memimpin parti itu menjadi sebuah parti politik yang baik dan disegani.

"Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR," katanya.

Ditanya pandangannya sama ada Umno akan membuka pintu semula kepada Zaid, Abdullah berkata, "Itu terpulang kepada Umno...".

Akhbar tempatan semalam melaporkan Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.

Pada 8 November lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

Keesokannya, beliau menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur kerana mendakwa mereka berdua adalah punca segala masalah dalam parti.

Sementara itu, pada majlis itu, seramai 138 pelajar menerima anugerah dan sijil penghargaan atas kecemerlangan masing-masing dalam bidang akademik dan penglibatan secara aktif dalam ko-kurikulum sekolah.

Dalam ucapan perasmiannya Abdullah berkata kecemerlangan sesebuah negara bermula dari kecemerlangan modal insan yang mesti dipupuk dan dididik sejak dari sekolah rendah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan