Sime Darby Mulakan Saman Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd akan memulakan samannya bersabit lebihan kos dan kemungkinan salah pengurusan dalam bahagian tenaga dan utilitinya sebelum akhir tahun, kata Pengerusinya Tun Musa Hitam.

Audit forensik ke atas unit itu sudah mengenal pasti individu yang disyaki mempunyai kes prima facie dalam kes itu, katanya pada mesyuarat tahunan syarikat itu di sini, Selasa.

Beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaga Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

"Berikutan siasatan ini juga, atas nasihat peguam, kami tidak dapat mengumumkan hasil siasatan jawatankuasa ini, kepada anda," katanya pada sidang media yang dipenuhi kira-kira 2,000 pemegang saham Sime Darby.

"Oleh itu, sehingga kes ini difailkan dan saman diserahkan, peguam juga menasihatkan kami supaya merahsiakan segala maklumat," katanya.

Mesyuarat itu yang bermula pada 11 pagi, berakhir emapt setengah jam kemudian.

Musa berkata lembaga pengarah Sime Darby sudah merancang strategi untuk meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang kukuh dan memastikan supaya walaupun kawalan, sistem dan proses diketatkan, namun peluang untuk berkembang, tidak wajar dilepaskan.

Juruaudit forensik bebas, KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd dan perunding undang-undang dilantik untuk mengkaji situasi dalam empat projek yang diketuai bahagian tenaga dan utiliti.

Projek terbabit ialah Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar (MOQ), sebuah projek membabitkan pembinaan kapal serta Projek Empangan Hidroelektrik Bakun.

Setakat ini, kerugian yang dialami oleh bahagian itu dianggarkan RM1.3 bilion.

Peruntukan untuk bahagian tenaga dan utiliti sehingga 30 Jun, 2010, berjumlah RM2.09 bilion.

"Banyak persoalan dibangkitkan (oleh pemegang saham) membabitkan audit forensik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Rita Benoy Bushon.

Lembaga pengarah katanya memberi jaminan bahawa usaha akan dilakukan untuk memulihkan syarikat dan hasil audit forensik boleh diumumkan selepas saman itu difailkan.

"Kami sudah lama menunggu. Mereka berkata saman akan difailkan menjelang akhir tahun.

"(Oleh itu), kami akan menunggunya," katanya.

Buat masa ini katanya MSWG selesa dengan keputusan lembaga pengarah untuk menyediakan lebih banyak kawalan dalaman dan pengurusan risiko.

Rita mencadangkan Sime Darby memberi tumpuan terhadap aktiviti terasnya, iaitu penanaman kelapa sawit dan meninggalkan perniagaan bukan teras atau membangunkan kepakaran mengenainya.

Beliau bagaimanapun berkata ia bergantung kepada lembaga pengarah dan arah tuju yang mereka pilih.

Beliau berkata enam anggota lembaga pengarah tidak bertanding semula. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan