Scomi, EPI Meterai Persefahaman Untuk Projek Monorel, MRT

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Scomi Engineering Bhd, anak syarikat Scomi Group Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Engineering Projects (India) Ltd (EPI).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Scomi Group, Shah Hakim Zain berkata, kerjasama itu merupakan komponen utama dalam rancangan untuk memperkukuhkan dan mengembangkan kepakaran bagi perniagaan pengangkutan urban di India.

“Menerusi kolaborasi ini, kami akan mengenal pasti dan melaksanakan pelbagai projek monorel dan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) di India dan luar negara.

“Kita terus menawarkan sistem pengangkutan urban canggih, menyediakan penyelesaian, harga kompetitif, pasaran pantas dan mudah kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Urusan EPI, S P S Bakshi pula berkata, kerjasama itu berikutan kecemerlangan Scomi dalam projek monorel pertama India di Mumbai.

“Ini turut mengambil kira kepakaran utama Scomi serta penyampaian berkualiti tinggi, fokus dan komitmennya ke arah memperluaskan perniagaan syarikat itu di India merentasi dunia,” katanya.

Majlis meterai persefahaman antara Scomi dan EPI itu disaksikan oleh Menteri Industri Berat dan Perusahaan Awam India, Vilasrao Deshmukh.

Pada masa ini, Scomi membangunkan projek monorel pertama India di Mumbai sepanjang 20 kilometer bagi laluan antara Jacob Circle dan Chembur dengan satu depot pusat serta 18 stesen mesra pengguna dan keselamatan dijamin.

EPI pula melaksanakan lebih 480 pelbagai projek di India bernilai lebih AS$1.18 bilion (RM3.7 bilion) serta dalam 30 penerokaan lain bernilai lebih AS$782 juta (RM2.45 bilion) di Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yugoslavia, Maldives, Bhutan dan Thailand.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan