RM35 Juta Wang Ehsan Bantu Mangsa Banjir Di Kedah & Perlis - Nazri - Berita Semasa | mStar

RM35 Juta Wang Ehsan Bantu Mangsa Banjir Di Kedah & Perlis - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan pusat memperuntukkan wang ehsan sebanyak RM35 juta kepada lebih 17,000 keluarga mangsa banjir di Kedah dan Perlis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bantuan kewangan itu akan diberi secepat mungkin, sebaik sahaja kerajaan menerima senarai penuh mangsa banjir.

Bantuan itu bagi membantu memulihkan semula keadaan mereka, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Majlis Keselamatan Negara Kedah di sini, Selasa.

Lebih 77,000 orang daripada lebih 17,000 keluarga di Kedah dan Perlis terlibat dengan banjir yang berlaku pada 1 hingga 14 November lepas.

Mohamed Nazri berkata, walaupun kemungkinan tidak akan berlaku banjir gelombang kedua, segala kelengkapan logistik masih diletakkan di negeri ini sebagai langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

"Saya ada bertanya dengan Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Meteorologi tentang ancaman banjir gelombang kedua, tetapi mereka menyatakan bahawa kemungkinan tidak akan berlaku," katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, penggunaan Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) juga dicadang bagi mengatasi masalah komunikasi yang dihadapi semasa berlakunya banjir.

"Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah komunikasi untuk membantu mangsa banjir seperti pengedaran makanan kepada mangsa, jadi GIRN adalah salah satu cara yang dapat mengatasi masalah itu jika berlaku banjir lagi," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan