Pasangan Bermasalah Sertai Program 'Bulan Madu Kedua' Tak Jadi Bercerai

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Suami isteri yang bermasalah disaran mencuba program 'bulan madu kedua' anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang terbukti bukan sahaja membuatkan pesertanya membatalkan hasrat untuk bercerai malah kini menikmati kehidupan berkeluarga yang lebih bererti. "Malah ada antara pasangan terpilih mengikuti program ini, datang ke pejabat mengucapkan terima kasih, memberitahu hidup mereka lebih bahagia kini," kata Pengarah YPK Terengganu Shafaruddin Mustaffa kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata YPK terdorong untuk menganjurkan program itu tahun lepas setelah mendapati angka perceraian di Terengganu semakin meningkat terutamanya dalam kalangan pasangan muda.

Menurutnya statistik perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin agak merungsingkan.

"Fungsi YPK ialah mencegah pasangan yang bermasalah daripada bercerai. Sepanjang program ini dijalankan, kami tidak menerima laporan perceraian yang melibatkan pasangan yang mengikuti program ini," katanya.

Sejak dimulakan, 30 pasangan suami isteri yang berkahwin antara satu dan lima tahun telah mengikuti program bulan madu kali kedua itu yang dibiayai sepenuhnya oleh YPK.

"Kita tumpukan pasangan 'panas' iaitu yang berkahwin dalam tempoh lima tahun ke bawah.

"Ini kerana tempoh berkenaan adalah tempoh 'bermasalah' dan benar-benar mencabar pasangan berbanding mereka yang telah berkahwin lebih 10 tahun," kata Shafaruddin.

Pasangan suami isteri yang mengikuti program itu antara lainnya diberi peluang berbincang dari hati ke hati mengenai hala tuju hubungan mereka.

Mereka juga berpeluang menikmati "makan malam romantik".

Peserta yang mengikuti program ini juga diberi pendedahan selok-belok berumahtangga yang sebenar yang sepatutnya diketahui setiap pasangan.

"Ada suami atau isteri mendakwa mereka sangat mengenali pasangan masing-masing, tetapi bila diuji, mereka sebenarnya tidak kenal secara mendalam pasangan mereka itu," katanya.

Shafaruddin berkata bahawa sebelum ini program itu diadakan di pulau-pulau peranginan di Terengganu itu namun mulai tahun depan ia akan diadakan di Akademi Pembangunan Keluarga YPK di Setiu.

Di akademi itu, setiap pasangan disediakan sebuah rumah dan mereka bukan sahaja mengikuti motivasi dan pendedahan tentang kekeluargaan oleh kaunselor bertauliah tetapi juga diberi tunjuk ajar mengendalikan kediaman mereka sepanjang program lima hari empat malam itu.

"Untuk tahun depan, kita menyasarkan 1,000 pasangan mengikuti program ini dalam usaha mengelak penceraian dan membantu pasangan suami isteri hidup dalam suasana harmoni," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan