Muzium Negara Pamer 64 Koleksi Tenun Pahang Diraja

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Muzium Negara mempamerkan lebih 64 koleksi Tenun Pahang Diraja tradisional dan kontemporari termasuk koleksi peribadi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah khas buat pengunjung yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember depan.

Ketua pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, kesemua koleksi itu termasuk daripada koleksi yang terdapat di Muzium Negeri Pahang, Kraftangan Malaysia dan daripada pereka fesyen terkemuka, Salikin Sidek dan Calvin Thoo.

Tambah menarik katanya, koleksi eksklusif pereka terkemuka Datuk Bernard Chandran bakal menarik perhatian apabila koleksi pereka itu akan dipamerkan pada awal Disember bersama-sama koleksi Tengku Puan Pahang.

"Pameran ini diadakan sebagai salah satu daripada cabang kesenian busana tradisional yang harus dipelihara agar ia tidak pupus ditelah zaman," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ibrahim berkata, pertunjukan yang bertemakan 'bergaya dengan Tenun Pahang Diraja' diadakan bukan sahaja semata untuk mempamerkan keindahan hasilnya tetapi juga untuk memberi pendedahan kepada pengunjung terutamanya pelancong dari luar negara untuk mengenali lebih dekat budaya di negara ini.

"Bertetapan dengan nilai martabatnya yang tinggi, kita ingin mempamerkan koleksi Tenun Pahang Diraja untuk diperkenalkan kepada semua pengunjung mengenai ragam hias, motif dan teknik pembuatannya yang unik," katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, pameran ini turut diadakan bagi menghargai usaha Tengku Puan Pahang dalam menjaga dan mengekalkan tradisi Tenun Pahang Diraja sehingga tercetusnya Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan.

Katanya lagi, pengunjung juga bakal diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pameran itu dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka.

"Kita tidak mahu mereka hanya datang dan melihat pameran. Sudah tentu pelbagai bentuk aktiviti akan diadakan bagi menarik penglibatan pengunjung sekaligus dapat memberikan ilmu kepada mereka," katanya.

Sementara itu, dua pereka terkenal yang turut terlibat dalam pameran itu berkata, mereka terharu dapat bersama-sama mempamerkan hasil kerja mereka dan berharap dapat menjadi titik tolak kepada masyarakat untuk mengetahui dan mendalami mengenai seni fabrik tradisional di negara ini.

"Ini adalah satu usaha yang baik dan saya berharap ia akan mendapat sambutan dan dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada pengunjung dan pelancong," kata Salikin ketika ditemui.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan