Mangsa Banjir Di Kedah Dapat Rebet Bil Air 30 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Penduduk di negeri Kedah yang terbabit dengan bencana banjir awal bulan ini akan diberi rebet bil air sebanyak 30 peratus bagi bil November sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkata rebet berkenaan akan dimasukkan dalam bil Disember kerana perkiraan caj untuk bulan ini telah dijalankan.

"Rebet ini hanya diberi kepada pengguna domestik manakala kilang-kilang tidak terlibat dan ia hanya untuk mangsa-mangsa yang terbabit banjir di Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

"Saya juga ingin meminta maaf kepada rakyat yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air sepanjang tempoh bencana," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sada Datuk Adzmi Din berkata untuk tujuan pemberian rebet berkenaan, Sada akan mendapatkan senarai mangsa terbabit banjir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Adzmi berkata bagi sesiapa yang tiada dalam senarai JKM, mereka boleh memaklumkan kepada pejabat Sada dengan mengemukakan surat pengesahan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKKP), Penghulu atau Majlis Ketua Kampung (MKK) bahawa mereka terbabit banjir.

Kira-kira 60,240 penduduk menjadi mangsa banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk melanda negeri ini pada awal bulan ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan