Lebih 50 Terbunuh Bangunan Runtuh Di Delhi - Berita Semasa | mStar

Lebih 50 Terbunuh Bangunan Runtuh Di Delhi

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 70 lagi cedera apabila sebuah bangunan lima tingkat di sini runtuh malam tadi.

Pegawai-pegawai berkata seramai 40 orang lagi mungkin terperangkap dalam bangunan kediaman yang usang itu.

Mereka berkata asas bangunan itu menjadi lemah akibat hujan musim tengkujuh di Delhi pada Ogos lepas.

Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi.

Menurut media tempatan terdapat kemungkinan kerja pengubahsuaian yang tidak sah sedang dilakukan di bangunan itu.

Pekerja penyelamat lewat tiba ke tempat kejadian kerana kesukaran ambulans dan kren memasuki laluan-laluan sempit di kawasan yang padat itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan