Khaled Lakukan Lawatan Kerja Ke India Bermula Esok

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan lawatan kerja ke India selama lima hari bermula Rabu.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan yang dikeluarkan di sini, lawatan kerja beliau yang kedua selepas kunjungan Januari lepas dijangka memperkukuhkan lagi kerjasama dua negara itu dalam konteks sektor pengajian tinggi.

Sebelum ini, kerjasama antara kedua-dua negara dalam membangunkan sektor pengajian tinggi terserlah apabila Manipal Education (ME) dari India bersetuju untuk melabur RM650 juta bagi menubuhkan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) di Kuala Lumpur.

Sepanjang lawatan itu, Mohamed Khaled dijadual mengadakan beberapa siri lawatan seperti ke Techno India Group, Aurlgine Discovery Technologies Limited, International Institute of Information Technology Bangalore dan Manipal University.

"Beliau akan mengadakan sesi perjumpaan bersama kira-kira 200 pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Manipal University.

"Beliau juga akan menyaksikan satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Asia e University (AeU) dan Puravankara Academy of Construction Education and Research," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan