Jangan Kecam Polis Tanpa Memahami Tugas Mereka - Yahya - Berita Semasa | mStar

Jangan Kecam Polis Tanpa Memahami Tugas Mereka - Yahya

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin meminta masyarakat supaya jangan mudah mengecam polis tanpa terlebih dahulu memahami tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata masyarakat perlu memahami tugas dan pengorbanan polis, dan sentiasa memberi kerjasama bagi membolehkan anggota pasukan keselamatan itu menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

"Kita (orang awam) bimbang dengan keselamatan rumah, keluarga dan harta benda kita bila kita tiada, dan mencari polis untuk memastikan keselamatan kita. Tapi, kita cepat mengecam apabila ada antara mereka yang tidak menjalankan tugas dengan baik...kita (nampaknya) tidak menghargai jasa mereka (polis).

"Jadikan ia sebagai budaya untuk memahami, membantu dan bekerjasama dengan polis...jika tidak, sukar untuk polis melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang kita harapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Haji di masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Selasa. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan