Jambatan Runtuh Paksa Orang Asli Harungi Sungai

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seramai 400 penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di sini kini berdepan dengan kesulitan apabila jambatan kayu gantung di kawasan mereka runtuh dilanda banjir lumpur empat hari lepas.

Berikutan kejadian itu, kebanyakan penduduk dari Kampung Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil, terpaksa berulang-alik untuk menghantar dan mengambil anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke dengan mengharungi Sungai Belatok.

Mereka merayu kerajaan supaya mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung yang runtuh itu kerana bimbang keselamatan anak mereka yang kini menaiki perahu dan sampan untuk ke sekolah.

Seorang bapa, Ronggen Alang, 51, berkata air sungai telah naik mendadak disebabkan banjir lumpur yang dipercayai berpunca dari hakisan akibat penerokaan tanah selain hujan lebat selama lebih enam jam di kawasan mereka.

"Banjir lumpur itu memang menakutkan semua penduduk. Pada 11 malam kejadian bunyi air sungai yang amat kuat dan ia memusnahkan jambatan gantung yang menjadi perhubungan penting penduduk dari tiga kampung berdekatan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Ronggen berkata tidak ada rumah penduduk yang tenggelam kerana masing-masingnya berada di tempat tinggi dan selamat.

Raefaah Salam, 43, berkata sejak jambatan gantung itu runtuh, penduduk terpaksa mengharungi sungai yang arusnya deras. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan