Jadikan Sidang DUN Platform Pembangunan Negeri Dan Rakyat - Raja Ahmad

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar hari ini meminta semua wakil rakyat agar menggunakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai platform untuk pembangunan rakyat dan negeri.

Beliau berkata sikap segelintir pemimpin yang menimbulkan kekecohan semasa sidang DUN sebelum ini boleh memberikan impak negatif kepada dewan itu sendiri.

"Rakyat akan mula berfikir sidang dewan tidak memberikan sebarang kesan kepada pembangunan negeri sedangkan fungsi sebenar dewan adalah untuk menentukan hala tuju pembangunan dan ekonomi negeri.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku sebelum ini di mana terdapat wakil yang sengaja menimbulkan kekecohan disebabkan masalah peribadi dan sikap tamakkan kuasa," kata bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) kepada Bernama di sini Selasa.

Raja Ahmad Zainuddin berkata berdasarkan pengalaman beliau sebagai anggota parlimen sejak 1999, belum pernah terjadi sidang dewan sebagai gelanggang untuk bergaduh. Beliau berharap semua Adun terutama yang juga pemimpin parti agar tidak mempolitikkan sidang DUN dan berbahas dengan baik.

Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan telah menetapkan sidang DUN Perak penggal ketiga bermula pada 30 November ini.

Pada 7 Mei 2008, Sidang DUN Penggal Pertama DUN Perak Ke-12 terpaksa ditangguhkan lebih lima jam apabila Adun pembangkang menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat.

Sidang tersebut turut menyaksikan Sivakumar dilucutkan daripada jawatan Speaker DUN Perak dan digantikan dengan Ganesan dimana Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah terpaksa menunggu selama enam jam sebelum merasmikan persidangan.

Pada Penggal Kedua persidangan pada 28 Oktober 2009 pula, Adun pembangkang bersidang sesama sendiri hingga mengganggu perjalanan mesyuarat ketika Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sedang membentangkan Bajet 2010. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan