Harga Heroin Di Terengganu Meningkat Dari RM500 Kepada RM1,500 Di Musim Tengkujuh

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGANU: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintenden Roslan Abdul Wahid berkata, nilai heroin gred empat yang dijual di negeri ini pada kadar RM500 pada hari biasa boleh meningkat kepada RM1,500 pada musim tengkujuh kerana kesukaran untuk menyeledup melalui darat.

Katanya, sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah meningkatkan pengawasan termasuk melalui laluan udara dan laut memandangkan para penyeludup juga sedang menyusun strategi bagaimana untuk membawa masuk dadah melalui sempadan.

Menurut beliau lagi, menerusi pengintipan dan juga maklumat inteligensia yang diperolehi, penyeludup tempatan sedang merancang untuk membawa masuk dadah melalui udara jika negeri ini dilanda banjir pada musim tengkujuh yang akan datang nanti.

Bercakap kepada pemberita, Selasa, Roslan juga berkata, para penyeludup turut mencari jalan tentang bagaimana mereka dapat menyeludup masuk dadah methamphetamine yang mungkin akan turut sukar diperolehi pada musim tengkujuh.

Menurut beliau lagi, jabatannya baru-baru ini telah diberi peruntukkan untuk menubuhkan Unit K-9 mereka sendiri bagi membolehkan anjing pengesan digunakan untuk mengesan dadah sekiranya ia cuba dibawa masuk melalui Lapanganterbang Sultan Mahmud di sini.

Katanya, anjing pengesan dari baka Labrador yang diberi nama “Greed” dan berusia satu tahun telah dibawa masuk dari Jerman dengan harga RM30,000 untuk membantu unit berkenaan mengesan dadah. Anjing tersebut telah menjalani latihan yang cukup untuk membantu polis mengesan dadah.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslan juga mengumumkan bahawa polis Terengganu telah berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang dikenali sebagai Raja Pot berikutan tertangkapnya 28 anggota kumpulan tersebut baru-baru ini.

Katanya, polis juga berjaya merampas 20 paket heroin bernilai RM30,000 ketika serbuan dibuat di Kampung Geluguh, Binjai Rendah, Marang beberapa bulan lalu. Beliau menambah kumpulan itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati ke atas mereka yang didapati bersalah.

Roslan turut memberitahu 408 pengedar telah ditahan antara Januari hingga 14 November tahun ini di Terengganu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan