Bilangan Kad Kredit Dalam Pasaran Jatuh Mendadak

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bilangan kad kredit dalam edaran jatuh mendadak menyebabkan bank-bank tempatan terpaksa bertindak balas dengan mempergiatkan kempen pemasaran lebih agresif.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sehingga 30 September lalu menunjukkan 8.7 juta kad kredit merangkumi 7.7 juta kad utama dan sejuta kad tambahan berada dalam pasaran.

Ramai yang telah membatalkan kad mereka selepas kerajaan memperkenalkan cukai sebanyak RM50 bagi kad kredit utama dan RM25 untuk setiap kad tambahan bermula tahun ini.

Pada akhir tahun lepas, terdapat 10. 8 juta kad kredit namun angka tersebut jatuh sehingga 9.1 juta pada pertengahan tahun ini.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, pihak bank telah memperkenalkan pelbagai cara seperti menawarkan lebih banyak mata ganjaran dan memberikan ganjaran tunai bagi menarik lebih ramai pengguna.

Bulan lalu, Maybank memperkenalkan program 10,000 mata ganjaran bagi setiap pelanggan yang menghidupkan semula kad kredit mereka yang telah dibatalkan pada bulan Jun.

10,000 mata ganjaran yang diperkenalkan itu akan digunakan untuk mengimbangi cukai sebanyak RM50 yang dikenakan.

Standard Chartered pula menawarkan pemberian skim wang tunai kepada pemohon kad kredit emas dan platinum yang berjaya pada promosi yang bermula pada 1 September lalu hingga 31 Januari tahun depan.

Pemegang kad kredit emas akan menerima RM88 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka sementara pemegang kad platinum pula bakal mendapat RM188.

“Ini seperti memberi duit percuma. Siapa kata tidak ada makanan tengah hari percuma,” kata seorang penulis iklan yang enggan dikenali.

Untuk pemegang kad kredit Citibanks PremierMiles, pula mereka akan mendapat 15 peratus Enrich Miles tambahan apabila merka menebus mata ganjaran menerusi promosi yang bermula pada 1 November hingga 31 Disember ini.

Bank-bank lain juga telah meningkatkan jumlah rebet wang tunai dan mereka skim bonus istimewa untuk mengimbangi caj penggunaan sebanyak RM50 yang diperkenalkan itu.

Menurut Pakar Runding Pengurusan, Lee Sue Yee, 30, dia hanya menggunakan kad tambahan kerana cukai kerajaan yang dikenakan adalah lebih rendah.

“Saya kurang membayar cukai, jadi saya dapat jimat sebanyak RM25 bagi satu kad tambahan setiap tahun. Lagi pun tidak banyak bezanya antara kad utama dan kad tambahan,” katanya.

Bagi akauntan Ahmad Huzaimi Ghazi, 27, dan eksekutif komunikasi Annie James pula, mereka tidak perlu risau dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

“RM50 tidak ada bezanya jika hendak dibandingkan dengan kadar faedah tinggi yang dikenakan oleh pihak bank. Saya hanya gunakan satu kad sahaja kerana ia lebih mudah,” kata Ahmad Huzaimi.

James berkata dia hanya menggunakan kad tersebut untuk tujuan kecemasan sahaja terutamanya apabila dia berada di luar negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan