Pegawai Kanan Yayasan Selangor Diarah Bercuti

Diterbitkan: Isnin, 15 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Sharifuldin Sulaiman diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu selesai disiasat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu diambil berikutan laporan awal menunjukkan majlis dengan kos tinggi itu melibatkan Sharifuldin.

Katanya, arahan itu turut dikeluarkan bagi memastikan siasatan dapat dilakukan dengan cepat dan bebas.

"Biar siasatan dapat dilakukan dengan cepat dan telus memandangkan laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Dalam pada itu, Khalid berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salahguna kuasa ke muka pengadilan," katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu yang sepatutunya diadakan hari ini kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud sebelum itu dilaporkan berkata, Baginda berpendapat kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.

katanya lagi, sepatutnya sambutan yang menelan belanja sebanyak RM300,000 itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membiayai pembelajaran dan kebajikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan