Keputusan Zaid Tidak Gugat PKR

Diterbitkan: Isnin, 15 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gusar dengan keputusan bekas Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mahu keluar parti kerana tindakan itu tidak menjejaskan PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebaliknya sejak ditubuhkan sokongan kepada parti berkenaan meningkat pada setiap pilihan raya umum.

Keputusan itu juga, tambahnya, tidak akan mempengaruhi sebarang perkara dalam parti yang sedang berlaku sekarang termasuk pemilihan.

"Zaid sudah buat keputusan, kita menghormati keputusan tersebut. Saya mendoakan yang terbaik kepada beliau.

"Sejak PKR menyertai politik pada 1999, kita dapat 78,000 undi. Pada pilihan raya 2004 kita dapat 440,000 dan pada pilihan raya umum 2008, kita memperoleh 1.5 juta undi.

"Jadi rekod kita telah menunjukkan dengan atau tanpa Zaid, rekod kita sudah buktikan,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Nama Zaid telah pun dikeluarkan daripada kertas undi bagi jawatan Timbalan Presiden selepas beliau menarik diri daripada persaingan merebut jawatan tersebut minggu lalu.

Mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Zaid yang akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat daripada parti itu, Saifuddin berkata perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan bentuk tindakan terhadap mana-mana ahli parti.

"Jawatankuasa disiplin dan biro politik akan teliti perkara ini sebaik sahaja kita terima laporan mengenainya,” katanya.

Saifuddin turut mengesahkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang surat berhubung peletakan jawatan Zaid daripada semua jawatan dalam parti.

"Setakat ini kita belum terima apa-apa surat. Dia juga belum maklumkan kepada kita dia mahu keluar parti," katanya.

Terbaru, Zaid turut mengesahkan akan meninggalkan PKR, Jumaat ini.

Pada 8 November lalu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti dengan alasan berlaku penipuan dalam proses pemilihan parti itu.

Sementara itu, Saifuddin memberitahu, Azmin Ali dijangka memenangi saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR apabila memperoleh 14,751 undi.

Keputusan tersebut memperlihatkan Azmin yang juga Naib Presiden PKR ketika ini berpeluang cerah memenangi jawatan nombor dua parti itu kerana pencabar tunggalnya, Mustaffa Kamil Ayub hanya memperoleh 3, 401 undi selepas 165 cabang PKR selesai mengundi.

"Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah mendahului dengan 11,042 undi diikuti oleh Tian Chua (9,524), Fuziah Salleh (7,878) dan Mansor Othman (7,448).

"Zuraida Kamaruddin pula mendahului saingan dalam perebutan jawatan Ketua Wanita PKR dengan memperoleh 4,510 undi diikuti degan Suraya Sudin (1,181),” jelasnya.

Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR turut menjadi rebutan apabila Badrul Hisham Shaharin mendahului dengan mendapat 3,981 undi sementara penyandang, Shamsul Iskandar Akin (3, 273).

Hanya 57 cabang sahaja lagi akan mengundi pada 20 dan 21 November ini.

Pemilihan MPP parti itu akan berakhir pada 21 November ini.

Kongres Nasional PKR akan berlangsung pada 26 hingga 28 November depan di Dewan Perbandaran Petaling Jaya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan