Zaharuddin Sekali Lagi Dirawat Di HSAS Temerloh

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah buah pinggang dan jantung, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh kerana masalah tekanan darah tidak stabil.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengesahkan perkara itu berkata Zaharuddin dirawat di hospital itu sejak dua minggu lepas, bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Beliau berkata mesyuarat Perhubungan Umno Pahang malam tadi memutuskan supaya Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Ketua bahagian Umno Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said mengambil alih tugas menyelaras DUN Kerdau.

"Beliau (Ismail) akan dibantu Penasihat Agama kepada Menteri Besar yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Mohamad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP, di sini,Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keadaan kesihatan Zaharuddin.

Zaharuddin, 63, sebelum ini pernah menerima rawatan selama lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HSAH Mei lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan