Tiada Laporan Ancaman Penyakit Berbahaya Di Kawasan Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kementerian Kesihatan belum menerima sebarang laporan mengenai ancaman penyakit berbahaya seperti denggi, virus kencing tikus dan taun di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata para penduduk di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini masih bebas daripada ancaman penyakit berbahaya meskipun ia mempunyai risiko itu, Sabtu.

Bagaimanpun, sehingga kini penyakit-penyakit ringan seperti demam dan cirit-birit memang berlaku tetapi jumlahnya kecil, katanya kepada pemberita semasa melawat kesan banjir di rumah Naib Ketua Puteri Umno Perlis, Huzaini Abdul Hamid di Kampung Padang Jawa dekat sini hari ini.

Rumah Huzaini yang juga Ketua Puteri Umno bahagian Kangar dimasuki air melepasi paras pinggang dan segala perabot dan peralatan di dalam rumahnya tidak dapat diselamatkan.

Rosnah yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia berkata, kerajaan mengambil langkah kawalan termasuk mengadakan taklimat kepada para penduduk di kawasan banjir mengenai langkah menghadapi situasi banjir dalam hal menjaga kesihatan.

Mengenai peranan Puteri Umno semasa banjir, beliau berkata, sayap parti itu mengambil tindakan segera dengan membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis sejak banjir mula melanda.

Katanya, Puteri Umno juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan termasuk ubatan kepada mangsa banjir dan tugas terakhir ialah mengadakan gotong royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Selain itu, selepas banjir surut, Puteri Umno turut mengedarkan keperluan mangsa banjir seperti lampin, bahan pencuci, ubat jentik jentik dan makanan.

Rosnah berharap, pengalaman mangsa-mangsa banjir menghadapi bencana itu akan dapat dimanfaatkan jika kemungkinan berlaku gelombang kedua bencana itu kelak.

Selain mangsa, beliau berkata, jentera Puteri Umno juga sentiasa bersiap menghadapi kemungkinan gelombang kedua itu. Beliau turut memuji ketabahan Huzaini yang masih terus membantu mangsa-mangsa banjir di Perlis walaupun rumahnya turut dinaiki air.

Semasa banjir mula berlaku, Ketua Puteri Umno bahagian Kangar itu berada di Galas bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang, Kelantan dan apabila pulang ke Perlis, rumahnya telah dinaiki air.

Turut mengiringi Rosnah ialah Ketua Puteri Umno Perlis, Asmaiza Ahmad dan Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan