Anggota Bomba Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menyediakan sejumlah 552 pegawai dan anggotanya untuk menghadapi gelombang kedua banjir di negeri itu.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata pihaknya juga akan menyediakan bot, lori dan kenderaan pacuan empat roda, selain menggunakan helikopternya sendiri yang berpangkalan di Subang, Selangor jika keadaan banjir di Kelantan bertambah serius.

"Selain itu, kita menggunakan khidmat anggota dari unit skuba yang dipertingkatkan daripada 25 kepada 35 orang, di samping bantuan anggota bomba sukarela di empat daerah di negeri ini termasuk Jeli, Gua Musang, Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

Beliau berkata setakat ini, cuti semua 570 pegawai dan kakitangan jabatan itu di seluruh negeri dibekukan kerana diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi musim tengkujuh dan gelombang banjir kedua yang dijangka melanda pada bila-bila masa.

Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kursus menyelamat dalam air kepada pegawai dan kakitangan bomba di Cerana Inn Resort, Pengkalan Datu, Sabtu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan