817 Individu Masih Hidap Penyakit Kusta Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Seramai 817 orang dikesan masih menghidap penyakit kusta atau Hansen di negeri ini, kata Setiausaha Persatuan Membantu Pesakit Kusta (MaLRa) Kelantan Hood Mohd Ariffin.

Beliau berkata jumlah itu dicatat dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan sembilan daripadanya merupakan kes baru.

"Seramai 128 daripadanya mendapat rawatan tetap di hospital, 207 di bawah kawalan dan 473 lagi secara tidak berkala," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata kebanyakan kes kusta membabitkan masyarakat yang tinggal di pedalaman dan kurang berkemampuan termasuk Orang Asli dan berdasarkan itu Malra yakin masih ada kes yang tidak dilaporkan.

"Bagi masyarakat di pedalaman khususnya Orang Asli, mereka ini tidak tampil ke hadapan bertemu dengan doktor untuk mengubati penyakit mereka kerana dua faktor iaitu kurang kefahaman mengenai bahaya penyakit dan tidak berkemampuan untuk pergi ke hospital yang kebanyakannya jauh dari tempat tinggal mereka," katanya.

Hood berkata sehubungan itu, Malra berusaha melibatkan pakar-pakar kulit di negeri ini untuk masuk ke kawasan luar bandar dan pedalaman Kelantan dalam usaha memberi ceramah kepada masyarakat yang menghidap penyakit itu.

"Penglibatan doktor pakar yang dibawa ke pedalaman ini akan membantu pesakit mendapat pengetahuan jelas mengenai penyakit kusta dan Malra akan memainkan peranan memberi mereka bantuan kewangan yang sewajarnya untuk mereka dirujuk ke hospital termasuk bantuan elaun bulanan dan tambang perjalanan," katanya.

Beliau berkata sehingga kini Malra telah memberikan elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan kepada 41 pesakit di negeri ini dengan Kota Baharu seramai 18 orang, Pasir Mas (11 orang), Pasir Putih (empat) dan selebihnya dari Machang, Kuala Krai, Tumpat dan Bachok.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan