Pengenalan Subjek Dasar Sains dan Teknologi Usaha Yang Baik - Hashim

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengenalan mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi bagi pelajar tahun satu bermula tahun depan dilihat sebagai usaha yang baik untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata, dengan pengenalan subjek tersebut pelajar akan diberi peluang mempelajari asas mata pelajaran sains dan teknologi meliputi aspek teori dan praktikal.

"Sehingga kini guru–guru yang terlibat sudah pun menjalani kursus peringkat daerah mengenai subjek tersebut.

"Kita mahu para guru mempunyai pengetahuan asas dan mahir untuk mengajar pelajar apabila sesi persekolahan bermula tahun hadapan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi bagi menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada semua pelajar tahun satu bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengenalan subjek tersebut dapat memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat secara praktikal kepada pelajar di peringkat awal.

Mengulas lanjut, Hashim Adnan berkata, sukatan pelajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi akan memfokuskan kepada kaedah penguasaan ICT bagi enam minggu pertama dan kemahiran menggunakan program komputer pada minggu berikutnya.

"Untuk empat minggu pertama pelajar akan diajar bagaimana untuk menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word dan Power Point.

"Pada minggu seterusnya pula kita akan ajar mengenai painting," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penguasaan kemahiran ICT tersebut tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan sebaliknya ia hanya sebagai pendedahan kepada murid tahun satu bagi menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

"Subjek ini akan diajar dua waktu dalam seminggu dan pelajar akan didedahkan mengenai proses pembelajaran menerusi kaedah pertanyaan serta penemuan menarik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan