Mustaffa Kekal Bertanding Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub akan kekal bertanding jawatan timbalan presiden walaupun dalam protes berhubung kontroversi Pemilihan Parti 2010.

Mustaffa berkata, beliau amat memahami rintihan dan keluhan anggota dan pimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit dan rasa tidak puas hati berhubung pemilihan sehingga ada yang memboikot atau menarik diri daripada proses berkenaan atau memohon agar ia ditangguhkan.

"Namun demi kepentingan parti jika Pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun dalam protes.

"Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota di peringkat akar umbi yang menginginkan saya terus bertanding," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Mustaffa menyeru semua anggota parti bersama-sama mempertahankan survival dan maruah parti.

Jika diberikan peluang dilantik sebagai Timbalan Presiden parti, katanya, beliau akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, anggota parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti.

“Saya juga akan memastikan kelangsungan nilai politik dalam parti seperti sederhana, toleransi, kasih sayang serta menolak politik fitnah dan wang dalam parti,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan