Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sedia Hadapi Banjir Di Pantai Timur

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat diletak dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir buruk di Pantai Timur menjelang musim tengkujuh ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata persiapan itu bukan hanya melibatkan tenaga kerja manusia tetapi turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan peralatan seperti bot dan jet ski.

"Kita mempunyai peralatan yang mencukupi dan mencapai standard antarabangsa. Anggota bomba kita juga dilatih dan terlatih sebagaimana anggota bomba lain di negara maju," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Pejabat Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, Jumaat.

Beliau berkata cuti pegawai dan anggota bomba di sesuatu kawasan akan dibekukan jika kawasan terbabit mengalami banjir dalam tempoh terdekat ini.

Lawatan ke Pahang merupakan negeri ketiga yang dikunjungi beliau selepas Selangor dan Kedah setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah berkuatkuasa 1 November lepas.

Wan Mohd Nor akan melawat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri di seluruh negara.

Terdahulu semasa berucap, beliau turut memuji usaha dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang dalam membuat persiapan menghadapi banjir bagi memastikan semua pihak memahami dan mengetahui peranan masing-masing ketika berlaku bencana itu.

Menerusi inisiatif itu katanya, segala kelemahan dalam operasi bantuan tahun lepas dapat diperbaiki bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat khususnya mangsa banjir. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan